Thursday 27 December 2012

MOVING TO NEW HOME



Holla frens ....

Just want to inform you that I have move to new home and feel free to visit me there ya...

You are welcome to visit me at :



 
 
 
 
 
 
 
See you there !!!!
 
 
 
 

Tuesday 27 November 2012

Jaga Diri

 
 
Salam semua...
 
Really sori sebab dah lama tak berceloteh kat sini.  Arfa tak berasa sihat for the past few days so terpaksa merehat dan mendiamkan diri.  Actually Arfa ni ada asthma.  Memang sedari umur 9 bulan, mak cakap penyakit ni dah singgah pada Arfa sampai la sekarang.  Bila dah sakit macam ni teringat pada experience masuk ward last time.
 
Seumur hidup Arfa, sekali je Arfa dimasukkan ke hospital atas sebab asthma ni.  Tak silap April 2012.  Mula-mula dapat tahu kene masuk ward, takut jugak sebab memang tak pernah ada experience sakit sampai masuk ward.  Tapi fikirkan untuk kesihatan diri sendiri then redha je la heheheh.
 
Masuk ward 26/04 and discharge on 29/04 so 3 malam jugak la Arfa berkampung kat Damansara Specialist Hospital.  Ikut hati memang tak nak langsung masuk ward tapi sebab doktor cakap papu-paru Arfa macam agak tersumbat dan tambah lagi cuaca kat KL masa tu berjerebu so proceed je dengan advise doktor.
 
Dipendekkan cerita, bila doktor cakap boleh discharge je Arfa rasa macam nak melompat (tapi nanti over pulak sakit-sakit pun melompat).  Selepas selesai urusan untuk discharge, Arfa diberi 7 hari cuti sakit untuk berehat secukupnya di rumah. 
 
Nak tau berapa bill hospital yang Arfa kene masa discharge tu? *** drum roll***  hampir RM3000. Haihhh...bila difikirkan, n asib baik ada insurans cover.  Kalau tidak mana nak cekau amount sebanyak tu.  So moral of the story, ambil or beli la insurans untuk kebaikan diri sendri jugak. 

 
 
Oklah ...panjang pulak berceloteh kat sini.  Make sure uols selalu ready dengan ubat-ubatan untuk emergency case ok.  Apa-apa pun uols take care ye.

 

Tuesday 20 November 2012

BIOzone Food Purifier

 
 
BIOZONE Food Purifier menggunakan proses pengkhususannya iaitu menyatupadukan bahan perintang ozon bagi mengubah oksigen (O2) menjadi ozon (O3). Ozon akan kembali menjadi oksigen setelah menjalankan fungsi untuk menyingkirkan bahan-bahan pencemar.

Tiub silikon yang bergred medikal akan menyalurkan ozon ke dalam air di mana makanan direndamkan. Ketika gelembung-gelembung muncul, ia menandakan bermulanya proses purifikasi makanan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
 
 


FAQ BIOzone Food Purifier

Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk purifikasi sayur-sayuran dan daging?

Sila rujuk buku panduan operasi yang terdapat di dalam kotak. Secara umumnya, semua jenis makanan (contohnya buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan laut) memerlukan masa selama 15 minit. Hanya daging (misalnya ayam, kambing dan lembu) memerlukan masa selama 30 minit. Masa operasi yang maksimum bagi BIOZONE Food Purifier ialah 45 minit di mana ia boleh digunakan untuk tujuan mandian atau kegunaan peti sejuk.

Tambahan pula, terdapat fungsi sanitasi ON / OFF selama 3 minit untuk satu liter air. Fungsi sanitasi ini dapat menyingkirkan bakteria pada permukaan makanan dengan cepat tanpa menggunakan air. Sekiranya anda mempunyai air yang berlebihan, anda boleh menggandakan masa berkadaran dengan kuantiti air anda. Isipadu air yang maksimum ialah 10 liter, sementara masa purifikasi adalah selama 30 minit.

Apakah yang akan berlaku sekiranya batu seramik atau tiub silikon pecah?
Sila beli dan gantikan dengan satu set baru yang terdiri daripada batu seramik dan tiub silikon.

Mengapakah saya perlu menjalankan penyelenggaraan selepas 2 tahun pembelian?
Juruteknik akan membuka BIOZONE Food Purifier untuk memeriksa dan membersihkan bahagian-bahagian dalaman termasuklah penentukuran dengan tujuan memastikan BIOZONE Food Purifier dapat beroperasi secara optimum dan bertahan lebih lama.

Adakah saya memerlukan masa purifikasi yang lebih lama sekiranya saya mempunyai banyak makanan?

BIOZONE Food Purifier direka khas untuk penggunaan di rumah sahaja. Andaikan anda mempunyai 3-4 hidangan ayam, masih memadai untuk anda menggunakan masa selama 30 minit untuk purifikasikan daging, asalkan anda mengikuti peraturan isipadu air maksimum, iaitu 10 liter.

Adakah ia menggunakan kuasa elektrik yang banyak?

Tidak. Ia hanya menggunakan kuasa elektrik yang minimum iaitu 35W sahaja, bagaikan anda menyalakan sebiji mentol di rumah.

Bagaimanakah caranya untuk mencuci batu seramik?
 

Cabutkan tiub silikon dari mesin. Gunakan berus gigi dan gosok permukaan batu seramik dengan lembut di bawah air yang mengalir. Selepas itu, biarkan ia kering. Anda juga boleh mengeringkannya sekali-sekala di bawah sinaran matahari. Sekiranya ada bau busuk, anda boleh purifikasikan batu seramik dengan air bersih selama beberapa minit, kemudian biarkannya kering.

Adakah nutrien makanan akan hilang dalam proses purifikasi?
 

Berdasakan kajian makmal terhadap daging yang dipurifikasikan, ia menunjukkan bahawa kebanyakan nutrien masih dikekalkan. Hal ini boleh dilakukan sekiranya anda menggunakan alat purifikasi yang berada dalam keadaan baik. Namun, jika anda menggunakan teknologi yang konvensional, ia mungkin akan mengurangkan sebahagian besar nutrien dalam makanan.

Adakah saya perlu mencuci makanan sekali lagi selepas proses purifikasi?
 

Anda tidak perlu mencuci makanan selepas proses purifikasi. Namun, sekiranya anda rasa perlu untuk mencuci makanan tersebut selepas proses purifikasi, anda boleh menggunakan air yang ditapis untuk mengelakkan bahan-bahan pencemar yang terkandung di dalam air paip.

Berapa lamakah BIOZONE Food Purifier boleh bertahan?
 

Selepas dua tahun yang pertama, ia boleh bertahan asalkan anda menjalankan penyelenggaraan ke atas mesin tersebut setiap tahun sekali.

Mengapakah saya tidak boleh menggunakan bekas plastik? Apakah jenis mangkuk-mangkuk lain yang boleh digunakan?
 

Bukan semua plastik adalah bahan perintang ozon. Secara umumnya, kami tidak menggalakkan anda menggunakan mangkuk plastik. Adalah cara terbaik sekiranya anda menggunakan mangkuk keluli tahan karat atau mangkuk kaca.

Bolehkah saya menggunakan BIOZONE Food Purifier untuk membersihkan botol susu bayi?


Umumnya, kami tidak menggalakkan proses purifikasi secara terus ke atas plastik. Anda boleh purifikasikan air dengan menggunakan bekas kaca atau keluli tahan karat, kemudian menggunakan air yang telah dipurifikasi tersebut untuk membersihkan botol susu bayi.

Mengapakah gelembung terbentuk pada daging, namun ia tidak kelihatan pada sayur-sayuran?
 

Biasanya, gelembung terbentuk disebabkan oleh racun serangga yang larut dalam air, maka ia menyebabkan gelembung tersebut tidak kelihatan pada sayur-sayuran. Gelembung adalah satu rangkaian asid lemak yang lebih lazim dijumpai pada daging. Kebanyakan asid lemak mempunyai sebatian polimer yang sukar diserap oleh badan manusia. Jika badan anda mampu menyerapnya, ia sebenarnya telah masuk ke dalam peredaran darah di mana pengambilannya untuk jangka masa yang panjang mungkin memudaratkan kesihatan badan.

Bolehkah saya menyingkirkan antibiotik daripada daging semasa proses purifikasi?
 

Gelembung yang terhasil tidak menunjukkan sebarang kesan antibiotik, namun dalam proses purifikasi selama 30 minit ini, laporan daripada kajian makmal menunjukkan bahawa tiada sebarang antibiotik dijumpai selepas proses purifikasi.

Adakah gelembung akan hilang sepenuhnya sekiranya saya menjalankan purifikasi untuk jangka masa yang lebih panjang?
 

Kemungkinan untuk gelembung hilang sepenuhnya adalah sukar sekali kerana lemak hanya akan disingkirkan melalui proses purifikasi apabila jangka masanya lebih panjang. Kesannya, lebih banyak nutrien akan hilang. Maka, kita tidak menggalakkan purifikasi daging untuk jangka masa yang lebih panjang.

Sesetengah sayur-sayuran dan buah-buahan terapung semasa proses purifikasi. Apakah yang perlu saya lakukan?

Anda cuma perlu menutup mangkuk dan tinggalkan satu ruang kecil untuk membenarkan tiub silikon untuk melaluinya, dan pastikan penutup tersebut bukan diperbuat daripada bahan plastik.

Bolehkah saya yakin bahawa BIOZONE Food Purifier dapat melakukan proses purifikasi 100%?

Kami tidak boleh menyatakan bahawa BIOZONE Food Purifier dapat purifikasikan bahan kimia 100%. Objektif kami adalah untuk mengurangkan bahan kimia sebanyak mungkin sebelum kita mengambil sesuatu makanan. Kebanyakan bahan kimia dapat disingkirkan oleh BIOZONE Food Purifier melalui proses purifikasi di mana kita mempunyai kajian-kajian makmal yang boleh dikongsi bersama. Teknologi ozon yang umumnya digunakan untuk purifikasikan air, makanan dan rawatan kolam renang telah dibuktikan secara saintifik di kebanyakan negara maju.




Monday 19 November 2012

Cuti-cuti Malaysia




Hola semua ....

Diam tak diam dah hampir year end kan? Last nite Arfa rasa tak boleh tidur so tibe-tibe terfikir nak bercuti.  Tapi nak bercuti ke mana ye? Lama rasanya tak berjalan-jalan makan angin dan cuci mata ni.  Bila tengah berangan-angan memikirkan destinasi percutian seterusnya, teringat pulak pada cuti-cuti sebelum ni. 

 
 
Walaupun banyak bercuti dalam Malaysia je tapi Arfa rasa bertuah sebab memang takde masalah untuk pergi bercuti.  Rasa-rasanya pernah sekali je dapat bercuti ke luar negara, dapat ke Shang Hai, China.  Itu pun company masa Arfa bekerja dulu yang offer ke sana untuk mengiringi our supporting dealer / customer.  Mula-mula dulu memang jakun hehehe tapi kejakunan tu sekejap je.  After that dah ok.  Kelakar betul rasanya tapi tu la pengalaman yang best sebab dapat bercuti bersama kawan-kawan.

So since dah lama tak pergi bercuti, ni la masanya untuk plan baaeeeeekkk punye cuti-cuti ngan family.  Lagi pulak musim cuti sekolah sekarang ni kan so apa lagi...kita enjoy!!!!! Tak kisah la mana pun destinasi percutian uols sama ada luar or dalam negeri buat make sure uols semua take care ok!!!


Okeyla...HAPPY HOLSSSSSS!!!!

Wednesday 14 November 2012



SEMINAR SSM / SM CYCLE 3
by Green Leader's Academy Malaysia


ALHAMDULILLAH... Seminar yang ditunggu-tunggu selama ni dah pun selesai dan Arfa tak sangka sangat-sangat sambutannya amat memberangsangkan.  This is my first time attending seminar yang di anjurkan oleh Green Leaders Academy Malaysia - G.L.A.M.  All this while selalu dengar je dari kawan-kawan terdahulu yang pernah join and I thought biasa-biasa je tapi bila diri sendiri join rasa sangat bertuah dan terharu.
 
Macam yang Arfa dengar dari mereka yang pernah attend this event, this seminar only happen ONCE A YEAR and no wonder la sambutannya hebat coz everybody tak nak ketinggalan gain ilmu dari para speaker yang sangat-sangat hebat.  Antara speaker yang hadir on that day ialah CDM Adibah Karimah, CDM Maisarah Ibrahim, CDM Naa Kamaruddin, CDM Al-Faath dan tak ketinggalan CDM Celebrity kita yang memang semua orang tertunggu-tunggu dia naik pentas iaitu CDM Hanis Haizi.


Even though seminar ni sarat and padat sehari suntuk, Arfa dan kawan-kawan lain yang hadir sikit pun tak rasa bosan.  Para speaker memang pandai ambil hati para peserta so takde la we all ni yang mengantuk dan lembik sepanjang seminar.




Pendek kata sesiapa yang attend the seminar on that day memang tak rugi malahan BERBALOI-BALOI heheheh....
 
 

Thursday 1 November 2012



KEPUTIHAN



Keputihan bukanlah suatu perkara asing bagi wanita. Namun begitu, ianya bukanlah suatu yang disenangi, terutamanya apabila turut menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Antara punca terjadinya keputihan ialah; Kelembapan. Disebabkan memakai seluar-dalam biasa tanpa pengaliran udara yang cukup pada bahagian tersebut mampu menggalakkan pembiakan bakteria serta fungus dan kulat di bahagian faraj. Penggunaan pencuci wanita sahaja adalah tidak memadai sekiranya selepas dicuci kemudian masih mengenakan seluar-dalam biasa yang “kedap udara”sepanjang hari.

 

Premium Beautiful adalah penyelesaian terbaik bagi masalah ini. Sulaman fabrik ber-FIR pada Premium Beautiful yang melancarkan peredaran darah serta pada seluar-dalam panjang corsetPremium Beautiful mempunyai jaring yang membantu peredaran udara yang baik berlaku pada bahagian tersebut sekaligus mencegah pembiakan bakteria, fungus & kulat. Keadaan ini juga mampu menghilangkan bau yang kurang menyenangkan. Bahagian ini juga akan menjadilebih cerah dan kebersihannya pula mudah dijaga.

 

 

Menurut kajian perubatan, keputihan yang tidak terkawal mengandungi aisid yang boleh menyebabkan sperma atau benih mati ketika proses persenyawaan. Menunjukkan, antara punca sesetengah wanita berkahwin sukar mendapat anak adalah daripada masalah keputihan. Bakteria atau kulat yang menyebabkan keputihan itu mampu ‘menyerang’ TIUBFALLAPIO dan UTERUS seseorang wanita yang dijangkiti keputihan. Kesan daripada itu ia boleh membawa kepada kesukaran untuk seseorang wanita yang dijangkiti keputihan untuk hamil. Ia menjadikan sistem tubuh seseorang wanita itu tidak subur dan akan menyebabkan risiko KEHAMILAN EKTOPIK (ECTOPIC PREGNANCY)
 
 
 
 
Dalam istilah perubatan, perkara sebegini adalah lebih dikenali sebagai“Pelvic Inflammatory Disease (PID)”. Anda boleh bertanya dengan lebih lanjut PID ini kepada doktor yang merawat anda. Selain itu, bakteria atau kulat daripada jangkitan keputihan ini juga boleh akan menyebabkan kerosakan pada TIUB FALLOPIO. Ini dapat diperhatikan bagi sesetengah kes pasangan yang sukar mendapat zuriat, setelah membuat pemeriksaan kesuburan mendapati kedua2nya sihat dan normal.
 

Testimoni tentang produk Premium Beautiful membuktikan, wanita yang memakai Corset Premium Beautiful akan mendapati pada peringkat awal; cairan keputihan akan keluar dengan banyak dari faraj dan bertukar dalam bentuk kepingan atau ‘serbuk’ kering pada Seluar Dalam Panjang Premium Beautiful yang dipakai.

By wearing premium beautiful it really helps! seriously siapa2 yang mengalami keputihan or trying to conceive baby, I would 100% recommend Premium Beautiful!! Girdle Pb ada jaring-jaring lubang udara function dia untuk menggalakkan pengaliran udara, elakkan kelembapan dan juga prevent from bacteria growth, fungus dan bau. It's very comfortable and stay "fresh" everyday!! Reduce white discharge, lepas tu akan hilang terus! InsyaAllah..

So, apa tunggu lagi? Nak free fitting and consultation contact je Arfa ok.  Sekarang ni sedang ada promosi di mana ade rebate sehingga RM300 beserta free gift.
 
 
ARFAWATI MD YUSOF
017-2751613
 
 

Wednesday 31 October 2012

Chocolate Moist Cake

Chocolate Moist Cake

Hari ni saja nak share dengan u all satu resepi ringkas untuk buat 'Chocolate Moist Cake '... waaahhhh!!! kelas tak dengar nama dia? heheheh.  Simple je kek ni.  Saje nak show off dengan u all yang Arfa dah pandai bake cake.

Walaupun ada antara u all yang tak hairan dengan resepi ni, Arfa nak share jugak hehehe.  Salin tau jangan tak salin. 


Resepi kek coklat moist (guna minyak & hanya kukus)

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko (I guna serbuk koko Van Hauten)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila


*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.

Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko, baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.



2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.

3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan.



p/s: untuk toping pula jika suka :

3-5 sudu besar susu pekat
1/4 cawan serbuk koko van houten
2 sudu besar butter
2 sudu besar susu segar


Campurkan semua bahan di atas dan masak secara double boiler. Hias mengikut citarasa masing-masing. 

Bahan-bahan membuat kek



adunan kek sedang di bancuh

adunan siap untuk dikukus
ini lah rupe kek saya walaupun takde la cantik mana hehehe



Selamat mencuba semua :))