Showing posts with label Me Myself n I. Show all posts
Showing posts with label Me Myself n I. Show all posts

Tuesday, 27 November 2012

Jaga Diri

 
 
Salam semua...
 
Really sori sebab dah lama tak berceloteh kat sini.  Arfa tak berasa sihat for the past few days so terpaksa merehat dan mendiamkan diri.  Actually Arfa ni ada asthma.  Memang sedari umur 9 bulan, mak cakap penyakit ni dah singgah pada Arfa sampai la sekarang.  Bila dah sakit macam ni teringat pada experience masuk ward last time.
 
Seumur hidup Arfa, sekali je Arfa dimasukkan ke hospital atas sebab asthma ni.  Tak silap April 2012.  Mula-mula dapat tahu kene masuk ward, takut jugak sebab memang tak pernah ada experience sakit sampai masuk ward.  Tapi fikirkan untuk kesihatan diri sendiri then redha je la heheheh.
 
Masuk ward 26/04 and discharge on 29/04 so 3 malam jugak la Arfa berkampung kat Damansara Specialist Hospital.  Ikut hati memang tak nak langsung masuk ward tapi sebab doktor cakap papu-paru Arfa macam agak tersumbat dan tambah lagi cuaca kat KL masa tu berjerebu so proceed je dengan advise doktor.
 
Dipendekkan cerita, bila doktor cakap boleh discharge je Arfa rasa macam nak melompat (tapi nanti over pulak sakit-sakit pun melompat).  Selepas selesai urusan untuk discharge, Arfa diberi 7 hari cuti sakit untuk berehat secukupnya di rumah. 
 
Nak tau berapa bill hospital yang Arfa kene masa discharge tu? *** drum roll***  hampir RM3000. Haihhh...bila difikirkan, n asib baik ada insurans cover.  Kalau tidak mana nak cekau amount sebanyak tu.  So moral of the story, ambil or beli la insurans untuk kebaikan diri sendri jugak. 

 
 
Oklah ...panjang pulak berceloteh kat sini.  Make sure uols selalu ready dengan ubat-ubatan untuk emergency case ok.  Apa-apa pun uols take care ye.

 

Monday, 19 November 2012

Cuti-cuti Malaysia




Hola semua ....

Diam tak diam dah hampir year end kan? Last nite Arfa rasa tak boleh tidur so tibe-tibe terfikir nak bercuti.  Tapi nak bercuti ke mana ye? Lama rasanya tak berjalan-jalan makan angin dan cuci mata ni.  Bila tengah berangan-angan memikirkan destinasi percutian seterusnya, teringat pulak pada cuti-cuti sebelum ni. 

 
 
Walaupun banyak bercuti dalam Malaysia je tapi Arfa rasa bertuah sebab memang takde masalah untuk pergi bercuti.  Rasa-rasanya pernah sekali je dapat bercuti ke luar negara, dapat ke Shang Hai, China.  Itu pun company masa Arfa bekerja dulu yang offer ke sana untuk mengiringi our supporting dealer / customer.  Mula-mula dulu memang jakun hehehe tapi kejakunan tu sekejap je.  After that dah ok.  Kelakar betul rasanya tapi tu la pengalaman yang best sebab dapat bercuti bersama kawan-kawan.

So since dah lama tak pergi bercuti, ni la masanya untuk plan baaeeeeekkk punye cuti-cuti ngan family.  Lagi pulak musim cuti sekolah sekarang ni kan so apa lagi...kita enjoy!!!!! Tak kisah la mana pun destinasi percutian uols sama ada luar or dalam negeri buat make sure uols semua take care ok!!!


Okeyla...HAPPY HOLSSSSSS!!!!

Wednesday, 3 October 2012

Budak Baru Belajar ....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Terima kasih sebab sudi baca blog Arfa. Mintak maaf sangat-sangat kalau u all rasa blog Arfa ni macam serabut je sebab Arfa pun baru berjinak-jinak dengan blog ni. 

Mula-mula tahu pasal blog ni sebab baca beberapa blog mereka-mereka yang dah terkenal such as Shazwani Hamid, Fatin Liyana, Nurul Ain dan tidak ketinggalan blog usahanita muda yang terkenal n glamour ... Hanis Haizi.

This is me - Arfawati Md Yusof
 Agak lama jugak la Arfa follow blog mereka-mereka ini secara senyap and baru sekarang tergerak hati untuk start menulis dalam blog.  Kata orang, kalau tak mencuba kita tak tau kan so rasanya ini lah masanya (walaupun agak dah lambat coz umur Arfa dah banyak) hehehehe....

By the way, secara ringkas untuk menceritakan latar belakang Arfa, jom kita tgk gambar-gambar yang ade ye.... enjoy viewing!



With my husband who always support me in everything I do